Koders Search - search codes here!

Thursday, February 07, 2008

Siri Pepatah Moden 1

"Mak kasi 1 ringgit sehari pandai-pandai la nak hidup.."

Maksudnya:
Dah tau takde duit pandai-pandai la kau bajet

Sejarah:
Pepatah ini diperolehi circa tahun 2006, ketika krisis budget sedang melanda team Solution Dev. Ketika itu ada satu mission critical application yang sedang menghadapi masalah scalabilty yang kronik di mana satu upgrade yang drastik di perlukan.Masalah nye...bajet tarak memandangkan sistem ini adalah internally developed menggunakan teknologi open source maka nobody cares about it at the first place until populariti dia mencanak naik bak SMS vote Mawi. So satu meeting tergempar di adakan dan semasa sessi ribut otak ,lahirlah pepatah ini dari big boss.Profoundly spoken. Berbekal kan sedikit kepandaian,determination dan skill berjimat-cermat yang jitu akhirnya berjaya jugak la upgrade sikit umpama memberikan sistem tersebut sebijik tangki oksigen untuk dia bernafas 2-3 tahun lagi.
Pepatah ini masih popular penggunaanya di dalam team Solution Dev. terutamanya apabila kitorang nak develop something that needs cost. Apabila nampak perkataan cost itu, maka adalah salah seorang kutu akan berkata.."Mak kasi kita 1 ringgit sehari pandai-pandai la nak hidup"


Tahukah Anda:
1. Pepatah ini adalah ayat yang menjadi kegemaran Gemuk setiap kali dia terima change request daripada user.
2.Pepatah ini tidak meninggalkan kesan yang amat dalam kepada individu yang ketika zaman sekolah rendah dapat duit belanja 50 sen sehari.Reaksi utama ialah waa banyakk tuuuu

No comments: